Friday, November 5, 2010
KEPENTINGAN MAKANAN HALAL LAGI BAIK
1. Mengapa Halal?
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.
a. Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.
Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)
Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)
Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)
b. Mengelakkan daripada azab Neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)
Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)
c. Doa makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.
Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)
d. Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.
Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)
e. Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”
2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa
Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”
Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:
a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.
b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.
c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”
sumber: http://mindaikhwan.blogspot.com/2009/06/kepentingan-makanan-halal-lagi-baik.html
Wednesday, October 27, 2010
Mega 3 Keluaran HPA
Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain.Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi.
Wednesday, October 6, 2010
Set Jantung HPA
Punca keadaan jantung yang tidak sihat disebabkan oleh kandungan kolestrol yang tinggi di badan, faktor genetic, dimana terdapatnya ahli keluarga yang turut mengadapi sakit jantung. Selain itu faktor luaran seperti tekanan mental yang melampau kepada pesakit juga dikaitkan dengan masalah jantung.
Sinergi Produk bagi masalah jantung adalah seperti berikut:
Asid lemak EPA di dalam Omega-3 Softgel dapat mencegah Trombosis (pembekuan darah), Artherosklerosis (pembekuan lemak dalam saluran darah) serta mencegah kadar kolestterol yang berlebihan.Kesan pengambilan D'Karm juga dapat menurunkan kadar kolestrol ke paras normal setelah beberapa bulan diamalkan.
Spirulina juga menpunyai kelebihan menurunkan kadar kolestrol, penyaring lemak dan toksid.
Set Bersalin HPA
SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Ayam Organik HPA
Harga Penguna: RM19.00
Harga Pengedar RM15.00
Packaging baru ayam organik HPA
Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.
===========================================
Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA
DAUN MAMBU GANTI VAKSIN
Yang ditunggu sudah tiba!
Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.
Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.
Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.
“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.
“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari
Tuesday, October 5, 2010
Kopi Radix
1. Kotak kecil: 15 paket
Nilai Mata (NM): 5
2. Kotak Jumbo: 32 paket
Nilai Mata (NM): 10
3. Kopi berbentuk papan: 20 paket
Nilai Mata (NM): 6