Profil Mega Rossele

Mega Rossele Trading merupakan syarikat pemilikan tunggal dimiliki 100%
PJ Rozihasnida Bt Ismail yang terlibat dalam pembekalan produk halal HPA, promosi HPA, penganjuran kursus latihan dan keusahawanan MLMS HPA.  Syarikat ini hanya mengenengahkan produk halal HPA (http://www.hpa.com.my/) kepada pengedar HPA dan pengguna.

HPA merupakan satu syarikat bumiputera yang mengilang dan memasarkan produk secara Multi Level Marketing Syariah (MLMS). Mengeluarkan dan memasarkankan lebih 450 jenis produk. HPA komited dalam usaha tersebut dan sentiasa optimis untuk menguasai pasaran halal.

Kami telah berjaya memimpin ribuan pengedar, agen stok, pemimpin MLMS serta PJS Borneo. Syarikat akan terus melahirkan usahawan MLMS HPA yang menguasai 6M-mengguna, menghadiri kursus, menaja/promosi, menjual, membimbing dan mendiagnos.

Kami sedang menguruskan dan menggerakkan ribuan pengedar HPA yang bertekad memasarkan produk halal HPA dan memperoleh pendapatan lumayan secara bulanan.